
ni bukan nak cerita pasal Masjid Krisek yang jadi kubu terakhir orang islam semasa ada kumpulan yang tak ada hati dan perasaan bunuh orang islam di selatan thai...
ni nak kongsi pasal kerisik yang menjadi salah satu bahan yang menjadikan rendang sedap... dah lama saya terfikir perkara ni, setiap kali raya, tugas saya untuk buat kerisik... baiklah, bagi yang tak kenal apa kerisik yang saya sebut2 dari tadi, kerisik ni asal dari kelapa yang dah diparut, lepas tu kelapa parut tu akan di goreng tanpa minyak sampai warna jadi keemasan..proses terakhir ianya akan ditumbuk sampai lumat dan mengeluarkan minyaknya sendiri... masa tu bau dia sedap..
apa yang saya nak kongsi sebenarnya mengenai betapa bijaknya orang melayu kita dulu.. macamana mereka boleh terfikir untuk menggoreng dan kemudian menumbuk untuk mendapatkan bahan yang akan menjadikan rendang tu sedap... kalau sekarang saintis kita buat kajian berkali-kali untuk membuat sesuatu penemuan baru, adakah nenek moyang kita dulu pun menjalankan uji kaji ke atas kelapa tersebut..? tambahan pula zaman dulu mana ada buku resepi macam yang melambak-lambak kat pasaran sekarang.. kerisik tu ditambah bila agak2 macam nak kering untuk menukarkan warna rendang tu supaya jadi lebih gelap dan akan bertambah gelap bila kita panaskan lebih lama..
kerisk ni picisan je... banyak lagi ilmu2 masak memasak yang kreatif.. kagum sebenarnya.. hebat orang dulu-dulu kan?
walaupun rendang ni bukan berasal dari Malaysia, tapi ia tetap berasal dari rumpun melayu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan