tadi kad kawen nisah sampai... hmm.. lagi sorang kawan baik aku nak melangkah naik satu anak tangga kehidupan.. minggu lepas kak ama.. da selamat kawen ngan ustat pian.. sebelum tu ciki, sebelum tu faten,dah dapat baby da pon.. pjay pon da selamat menikah... wa, kak sya, husna+aswat, nadh (orang pertama kawen kot), pastu alep...
sape lagi tah... ramai gak la kawan2 seangkatan yang da tukar title... dah selamat dah mereka... semoga dapat menghadapi cabaran dalam hidup berumah tangga ya... keluarga da bertambah, saudara-mara dah semakin ramai... dan yang paling penting mak ayah dah jadi double... hahaha... (bagi yang masih ada.. kalau difikir2, banyak tanggungjawab hidup berkeluarga ni... bukan setakat nak bagi cukup makan pakai je, hubungan dengan kedua-dua belah keluarga nak kena ambil berat juga.. dalam nak menambat hati mak mertua, hati mak sendiri kena jaga juga...
aku pernah tanya pada mak, kalau tak kahwin boleh tak.. mak jawab boleh, tapi nanti jangan menyesal bila umur da banyak... hahahha... betul la kata orang.. life is complicated.. banyak perkara nak difikirkan... orang yang tak dapat terima kenyataan je yang akan kata hidup tak ada masalah... adakah orang yang dah di isytihar gila tu adalah golongan yang tak nak fikirkan masalah dan ambil jalan keluar menjadi seorang gila? hehe.. marah orang gila aku tulis mcm ni... masalah menggilakan manusia yang tidak dapat mengawal masalah...
hidup ni mesti ada masalah... masalah tu macam gula garam.. kalau tak ada masalah, maka orang tu yang bermasalah... jadi jangan mengeluh jika kita ditimpa sesuatu masalah.. Ingat: tanda Allah sayangkan umatnya dengan cara ujian.. tapi Allah itu maha mengetahui, Dia tidak membebankan hambanya dengan perkara yang tak mampu untuk di hadapi.. sebab tu setiap orang mendapat ujian yang berbeza.. Allah tahu tahap kemampuan kita.. apabila ujian datang, tugas manusia yang dah dikurniakan akal ni untuk menguruskan ujian yang diberikan... hadapi:mesti
berbalik ke topik asal.. sebenarnya nak wish kat nisah Selamat Pengantin Baru.. kalau ada rezeki, maka akan sampailah hamba ke Shah Alam sana...
1 ulasan:
sangat gembira datang walimah kawan2.
hari tu aku pernah cakap kat mak benda yang sama ezze tanye pada mak. last-last aku kene marah. haha. oh keremajaan itu sungguh menarik.
penyakit gila ada banyak faktor; emosi, spiritual, dan sebahagiannya adalah penyakit dan wujud disebabkan ketakseimbangan kimia2 kecil dalam otak.hehe. anum suka baca belog monget nih. teruskan menulis cik.
Catat Ulasan