TAKUT… SERAM pun ada… bukan takut sebab menonton filem seram yang semakin menjadi-jadi… tapi apabila memikirkan bala yang sedang menjadi-jadi sekarang… orang buang bayi macam buang BANGKAI… memang kiamat dah nak dekat… macam-macam petunjuk Allah dah bagi, hanya terpulang kepada manusia yang telah dikurniakan akal untuk berfikir. Sekarang ni air laut kat Kuantan semakin surut… nelayan-nelayan ada yang menyuarakan kebimbangan kalau-kalau kejadian tsunami akan kembali kerana mengambil iktibar dari kejadian lepas.. tak mustahil.. kerana seperti yang kita ketahui apabila tiba hari kiamat, dratan akan di panuhi air dan golongan yang benar-benar beriman sahaja yang terselamat. Teringat kisah bahtera nabi Nuh.
Berbalik kepada isu buang bayi tadi, pendapat saya secara peribadi la kan.. ada banyak faktor yang menyumbang. Antara faktor yang saya nak ketengahkan ialah faktor pemakanan, didikan agama, cara hidup, pegangan hidup.
Faktor pertama: PEMAKANAN. Makanan ni secara tak langsung membei pengaruh yang besar dalam hidup kita. Sebab sebutir nasi pun yang masuk dalam badan akan jadi darah daging. Inikan pula makanan yang banyak… dan sebanyak-banyak makanan yang dah masuk dalam badan kita ni, boleh kita buat kiraan berapa peratus yang di YAKINI halal dan toyyib? Cuba Tanya diri sendiri. Kebanyakan orang kita dah kurang menitik berat mengenai itu. Kalau beli barang makanan di pasaraya pun, berapa kali kita cek tanda halal yang sah pada paket makanan tersebut. Ada yang sambil lewa dalam hal ni.. kemudian bila beli ayam (haiwan yang perlu di sembelih mengikut syarak) adakah si penyembelih ayam itu benar-benar mengikuti aturan penyembelihan yang telah digariskan Islam? Kerana isu ini, sampai sekarang abah hanya akan beli ayam yang di jual oleh penjual yang abah yakin penyembelihannya. Jika tidak, tak makan ayam pun tak mengapa. Jauhkan makanan yang anda sendiri berasa was-was..
Apabila terlalu banyak makan makanan yang kurang berkhasiat ini, hati makin gelap, perangai makin degil, akhlak makin nipis.. maka… jadilah perkara-perkara jenayah yang pelik-pelik sekarang… sebab ianya telah dipupuk oleh ibu bapa sejak anak itu lahir lagi.
Faktor kedua: CARA HIDUP.. remaja sibuk nak bercinta tanpa tahu apakah tujuan dan kegunaan cinta itu sendiri. Dah jadi trend kot bebudak bercinta..seawal bangku sekolah rendah dah pandai ada pakwe dan makwe… amboi-amboi… tanpa segan silu meluahkan perasaan.. almaklumla.. dunia makin maju.. perlukah kemajuan itu diterjemahkan dengan kelakuan-kelakuan delinkuen yang tak menentu? Kemajuan itu dicorakkan oleh manusia. Tapi kenapa manusia sendiri yang gelabah nak kejar kemajuan sampai sanggup mengabaikan nilai-nilai Islam yang sepatutnya dikendong bersama walau zaman apa pun kita berlari.
Yang paling bes.. sanggup serah diri pada pakwe atas alasan sayang..alangkah BODOHnya perempuan itu. Saya mint maaf jika kata-kata saya agak kasar… tapi itulah hakikatnya.. perempuan, kamu boleh berkata TIDAK!...mengapa jadi begitu LEMAH? Jika benar dia sayangkan anda, mesti dia akan berusaha untuk memiliki anda secara HALAL..bukan melalui jalan singkat yang hanya menguntungkan sebelah pihak.. perkara ini terlalu subjektif.. kerana sedang asyik masyuk bercinta semuanya jadi halal belaka. Kalau sang lelaki meninggalkan kekasihnya hanya kerana sang perempuan tidak mahu berbuat maksiat, sang perempuan harus buat sujud syukur.. kenapa? Kerana sang perempuan telah terselamat dari sang lelaki yang tebal topeng manusianya…
Saya berdoa, tiada lagi sang perempuan yang tertipu dengan janji-janji maniiissss sang lelaki. Anda mampu mengubahnya… jangan biarkan kealpaan kita hari ini menyebabkan kita menangis kemudian hari… s.a.y.a.n.g diri k.i.t.a…
panjang mcm berceramah lak...,"