Sabtu, November 13, 2010

broken need to be mend

Aishhh.. Aku xtaw la plak blog ni ade org yg rajen nak bace.. Ahhah sbb aku buka blog ni pon staon tu pon kalo ingat.. Tapi pape pon, beberapa post yg lepas aku terpakse buang dan campak dlm tong sampah.. Sbb post2 berkenaan adalah tidak berapa tepat.. Atau nak senang cite, tulisan tu adalah salah fahaman aku.. Aku salah tafsir.. Minta maaf sgt pd yg terlibat.. Apa yg dah jadi, kite biarkan ia berlalu bersama masa..

Utk sekarang, kite cipta sesuatu yg baru, sesuatu yg lebih matang, dan yang pastinya lebih bermakna.. Perkara lepas kita jadikan iktibar sebagai pedoman utk hadapi hari mendatang..

Emmm.. Pe mende aku merepek neh.. Tp yg pentg aku nak btaw, ksilapan aku mentafsir tu sangat2. Me..me..me.. Me.. Pape jela..xjmp perktaan yg sesuai.. Aku menasihatkan kpd dr sndr spy tdak mlakukan ksilapan begitu lg okkkkkk.. Belajar sst..

Dlm tmpoh masa ni, aku kene admit yg aku mmg xle lupe die, sbb die yg terbaik yg pernah hadir dlm idop aku.. Terbaek dr ladang bebbb.. Haha..

Oh ya. Aku jgak nak ucapkan trime kaseh bnyak la pd yg sudi bace blog aku neh. Xsangke plak korang rajen nak bc... Kih3..

Aku doakan evrthng goes well.. Amiinn=]

Jumaat, September 24, 2010

kini.. jantung

Satu persatu telah kuhapus
Cerita lalu di antara engkau dan aku
Dua hati ini pernah percaya
Seribu mimpi tanpa ragu tanpa curiga


Ku tak ingin lagi
Menunggu, menanti
Harapan tuk hidupkan cinta yang telah mati
Ku tak ingin cuba
Hanya tuk kecewa (Ku telah kecewa)
Lelah ku bersenyum lelah ku bersandiwara
Aku ingin pergi
Dan berganti hati

Satu persatu telah kuhapus
Nada dan lagu yang dulu kucipta untukmu
Rasa yang dulu pernah ada
Kini berdebu terbelenggu dusta dan noda


Kini ku sedari diri ini
Ingin berganti hati
Cinta yang tlah pergi
Harus berganti hati

Harus ku ganti hatiku kini
Ini harus ku ganti
Tak perlu ini lagi harus berganti…

Jumaat, September 03, 2010

aku berhenti berharap..

Aku tak percaya lagi
Dengan apa yang kau beri
Aku terdampar disini
Tersudut menunggu mati
Aku tak percaya lagi
Akan guna matahari
Yang dulu mampu terangi
Sudut gelap hati ini

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat
Kenapa ada derita
Bila bahagia tercipta
Kenapa ada sang hitam
Bila putih menyenangkan
Haa…

Aku pulang…
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Aku pulang…
Tanpa dendam
Ku salutkan kemenanganmu

Kau ajarkan aku bahagia
Kau ajarkan aku derita
Kau tunjukan aku bahagia
Kau tunjukan aku derita
Kau berikan aku bahagia
Kau berikan aku derita

Aku pulang…
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Rebahkan tangguhmu
Lepaskan perlahan
Kau akan mengerti
Semua…

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat




** perlukah aku berhenti berharap???

Sabtu, Ogos 28, 2010

=]

blog ni dah lama sgt aku biarkan die sepi..
bukan tak de perkara nak diutarakan, tapi.... hati aku sangat kosong sejak due menjak ni.. aku malas nak fikir hal hidop.. g keje pon sekadar melaksanakan tugas yg diamanahkan... xde pon rasa teruja atau seronok.... ntah..

hati tengah sedih...
hati sedang berperang dengan perasaan sendiri
hati sedang membina kekuatan diri..

sungguh aku tengah sedih skarang.. tapi aku taknak tunjok.. sekali org tengok mesti kate aku takde masalah..

tapi hakikatnye,
aku slalu nangis sorang2...
b4 tdo aku mesti nanges...
xtaw nape... nak melepaskan tekanan yg aku simpan sepanjang hari...

tyme doa aku mesti nangis...
sbb hanya pada Allah aku bley luahkan perasaan...
doa aku xpnah brubah sejak aku skolah lg..
doa tu yang aku dok pohon tiap kali...
xtaw bile permohonan aku tu akan dimakbulkan..
tapi aku yakin Allah ada siapkan sesuatu utk aku..
aku kene sabar tgg sesuatu tu..
dan aku kene redha terima sesuatu yg Allah dah sediakan utk aku..

Ya Allah... kuatkan hatiku
tenangkan hatiku

ameenn

Jumaat, Mei 28, 2010

s.a.Y.a.n.g... k.i.t.a

TAKUT… SERAM pun ada… bukan takut sebab menonton filem seram yang semakin menjadi-jadi… tapi apabila memikirkan bala yang sedang menjadi-jadi sekarang… orang buang bayi macam buang BANGKAI… memang kiamat dah nak dekat… macam-macam petunjuk Allah dah bagi, hanya terpulang kepada manusia yang telah dikurniakan akal untuk berfikir. Sekarang ni air laut kat Kuantan semakin surut… nelayan-nelayan ada yang menyuarakan kebimbangan kalau-kalau kejadian tsunami akan kembali kerana mengambil iktibar dari kejadian lepas.. tak mustahil.. kerana seperti yang kita ketahui apabila tiba hari kiamat, dratan akan di panuhi air dan golongan yang benar-benar beriman sahaja yang terselamat. Teringat kisah bahtera nabi Nuh.
Berbalik kepada isu buang bayi tadi, pendapat saya secara peribadi la kan.. ada banyak faktor yang menyumbang. Antara faktor yang saya nak ketengahkan ialah faktor pemakanan, didikan agama, cara hidup, pegangan hidup.
Faktor pertama: PEMAKANAN. Makanan ni secara tak langsung membei pengaruh yang besar dalam hidup kita. Sebab sebutir nasi pun yang masuk dalam badan akan jadi darah daging. Inikan pula makanan yang banyak… dan sebanyak-banyak makanan yang dah masuk dalam badan kita ni, boleh kita buat kiraan berapa peratus yang di YAKINI halal dan toyyib? Cuba Tanya diri sendiri. Kebanyakan orang kita dah kurang menitik berat mengenai itu. Kalau beli barang makanan di pasaraya pun, berapa kali kita cek tanda halal yang sah pada paket makanan tersebut. Ada yang sambil lewa dalam hal ni.. kemudian bila beli ayam (haiwan yang perlu di sembelih mengikut syarak) adakah si penyembelih ayam itu benar-benar mengikuti aturan penyembelihan yang telah digariskan Islam? Kerana isu ini, sampai sekarang abah hanya akan beli ayam yang di jual oleh penjual yang abah yakin penyembelihannya. Jika tidak, tak makan ayam pun tak mengapa. Jauhkan makanan yang anda sendiri berasa was-was..
Apabila terlalu banyak makan makanan yang kurang berkhasiat ini, hati makin gelap, perangai makin degil, akhlak makin nipis.. maka… jadilah perkara-perkara jenayah yang pelik-pelik sekarang… sebab ianya telah dipupuk oleh ibu bapa sejak anak itu lahir lagi.
Faktor kedua: CARA HIDUP.. remaja sibuk nak bercinta tanpa tahu apakah tujuan dan kegunaan cinta itu sendiri. Dah jadi trend kot bebudak bercinta..seawal bangku sekolah rendah dah pandai ada pakwe dan makwe… amboi-amboi… tanpa segan silu meluahkan perasaan.. almaklumla.. dunia makin maju.. perlukah kemajuan itu diterjemahkan dengan kelakuan-kelakuan delinkuen yang tak menentu? Kemajuan itu dicorakkan oleh manusia. Tapi kenapa manusia sendiri yang gelabah nak kejar kemajuan sampai sanggup mengabaikan nilai-nilai Islam yang sepatutnya dikendong bersama walau zaman apa pun kita berlari.
Yang paling bes.. sanggup serah diri pada pakwe atas alasan sayang..alangkah BODOHnya perempuan itu. Saya mint maaf jika kata-kata saya agak kasar… tapi itulah hakikatnya.. perempuan, kamu boleh berkata TIDAK!...mengapa jadi begitu LEMAH? Jika benar dia sayangkan anda, mesti dia akan berusaha untuk memiliki anda secara HALAL..bukan melalui jalan singkat yang hanya menguntungkan sebelah pihak.. perkara ini terlalu subjektif.. kerana sedang asyik masyuk bercinta semuanya jadi halal belaka. Kalau sang lelaki meninggalkan kekasihnya hanya kerana sang perempuan tidak mahu berbuat maksiat, sang perempuan harus buat sujud syukur.. kenapa? Kerana sang perempuan telah terselamat dari sang lelaki yang tebal topeng manusianya…
Saya berdoa, tiada lagi sang perempuan yang tertipu dengan janji-janji maniiissss sang lelaki. Anda mampu mengubahnya… jangan biarkan kealpaan kita hari ini menyebabkan kita menangis kemudian hari… s.a.y.a.n.g diri k.i.t.a…

panjang mcm berceramah lak...,"

Isnin, Februari 08, 2010

saya benci.. tapi saya suka...

tajuk pun dah mcm org krisis identiti.. hahha.
sebenarnya ia merujuk kepada 'memandu'..
secara jujur saya benci nak memandu...
tapi sejak dua menjak ni saya jadi suka... hihi

bahasa kereta

"antara gadis yang ku temui"
satu kereta bagi lampu...
kenapa? dia bg pd kereta depan kot..

"menatap wajahmu kali akhir"
van pula bg lampu...
kereta bagi lampu lg...
lori pon g lampu jugak?
gleme sgt ke org kete dpn ni?

ke ade polis?
cpt pki seat belt...(kantoi tak pakai sebelum tu)

semua kereta jln slow je...
sah ada polis...

slowkan radio.. nnt nak buat muke baik dpn polis...hahah

bile sampai dekat je..
encik polis bg bendera merah...
" lesen memandu dan pengenalan diri"
aik... muke baik cenggini pon kene mintak jugak?
saje je encik polis tu..
sebenanye glabah, tapi pura2 cool..
sambil hulur lesen+ic, mate jeling road tax.. idop lagi... (bln ni dah kena renew)
pheww.. kene tulis dlm planner.. kang telupe saje je...

bile encik polis tu suruh jln je...
saya mengambil langkah seperti kereta2 lain yg bg lampu td...semua saya bg..
dan yg best, saya bg lampu, kereta hon.. dan berterusan agak jauh jugak la...
mase tu rase kancil tu comel sgt... cam dalam kartun kereta bercakap... tapi dalam bhs kereta...hahha..
sebenanya entri ni xde pape pon.. saje nak lepas gian.. crite tunggang langgang...
esok nak aja anak murid buat karangan... aku sebuah kereta...=]

kesian...

lame die menyepi..
bukan anak terbuang mahupun anak tiri..
tapi kekurangan masa yang menuntut dipenuhi..
kesian blog ni ditinggalkan sepi..

terima kasih kepada mongetnum kerana sudi singgah... hahha
rindu kamu...
tringat mase kat skolah...
rindu nak bersembang dan mendengar anum bercerita tak berhenti..=]

rasanya dah lama sangat tak jumpa mana-mana rakan sekolah menengah... bila la agaknya ada rezeki..
kenduri nisah pon xbekesempatan... sangat jeles tgk gambar2 yang di rakam... next sape pulak nak nikah? saya nak datangggggg...tolongggg